Tuesday, 28 June 2011

Warisan Melayu

Sedarlah wahai bangsa yang bergelar MELAYU~


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

Melayu bakal musnah!

Malaysia telah lama bebas dan merdeka daripada genggaman penjajah. Akan tetapi adakah pemikiran rakyat Malaysia masih dibelenggu pemikiran penjajah? Komunis, satu pemikiran yang telah diasaskan oleh Bapa Komunis, Carl Marx. Adakah beliau telah memberi satu kefahaman yang cukup baik bagi menubuh dan mentadbir sesebuah negara? Tidak! Fahaman ini cukup tidak sesuai dengan tuntutan agama Islam dan khususnya bagi penduduk yang mempunyai ciri-ciri ketimuran seperti Malaysia. Fahaman komunis mengingatkan kita kepada kuasa Bintang Tiga yang diasaskan oleh Ching Peng yang pernah penguasai Tanah Melayu satu ketika dahulu. Kekejaman mereka hanya berlaku selama 14 hari. Akan tetapi telah meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap sejarah negara Malaysia yang tercinta ini.

Tun Dr. Mahathir Mohammad

Malaysia merupakan sebuah negara aman yang pernah dibangunkan oleh seorang insan yang mulia dan berfikiran luas iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad. Pemerintahan beliau yang bermula pada 16 Julai 1981-31 Oktober 2003 telah menyaksikan pelbagai pembangunan yang telah dilaksanakan oleh beliau sendiri. Akan tetapi terdapat banyak anasir-anasir jahat yang mendesak beliau untuk meletakkan jawatan. Hal ini kerana beliau merupakan Perdana Menteri yang paling lama memerintah Malaysia. Setelah beliau menyerahkan kuasa kepada Timbalan Naib Perdana Menteri, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, barulah rakyat Malaysia terbuka minda menyesal dengan pemergian Bapa Pembangunan tersebut.

Dato Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Rakyat Malaysia seharusnya berterima kasih kepada beliau kerana telah menjaga kepentingan negara dan pembangunan Malaysia sendiri. Akan tetapi kenapa begitu ramai rakyat yang masih tidak bersyukur dgn keamanan yang masih terjamin ini? Sekarang, Ambiga Sreenevasan telah menganjurkan sebuah perhimpunan haram yang akan diadakan pada 9 Julai 2011. Perhimpunan yang diberi nama BERSIH 2.0 ini meminta beberapa tuntutan mereka diterima pakai. Melayu mudah lupa. Melayu mudah ditipu. Melayu sendiri telah dipergunakan oleh kaum lain untuk menjatuhkan Melayu sendiri. Papa Gocoh tidak bertujuan untuk menerapkan nilai perkauman. Akan tetapi dimanakah kesedaran kita semua tentang 1Malaysia dan keamanan? Perhimpunan haram tersebut tidak sepatutnya dijalankan. Hal ini kerana akan terjadi rusuhan seperti yang berlaku di Thailand (Baju Merah). Tidak kurang hebatnya di Malaysia pada 2001 (Baju Kuning). Hal ini memberikan persepsi buruk pelancong terhadap negara kita sendiri. Apa rasionalnya perhimpunan ini? Merugikan BANGSA MELAYU sendiri.

Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin

Baginda Yang Di-Pertuan Agong merupakan ketua negara yang masih menjadi lambang keagungan orang melayu. Baginda merupakan lambang hak keistimewaan orang melayu. Jika suatu hari nanti tanah tumpah darah kira ini menjadi milik orang, dimanakah tempat raja kita ini? Sedarlah bangsa Melayu! Hang Tuah pernah menyatakan "Tak akan Melayu hilang di dunia". Adakah ayat ini masih relevan untuk digunakan? bangsa Melayu diambang kemusnahan dek hasutan bangsa lain. Negara Malaysia yang aman damai ini haruslah kita jaga bersama-sama. Bukannya bergadai demi kepentingan kuasa dan harta! Bangkitlah bangsa Melayu! Daulat Tuanku!

Sama-samalah kita berjuang atas nama Melayu! Dengarkan lagu ini dan hayatilah dengan jiwa yang dahagakan keamanan. Melayu kan gagah di nusantara!

http://www.youtube.com/watch?v=txiQIBy4-9w

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara